Posts

Showing posts from August, 2021

Struktur Latihan Atas Talian

Image
‘Lockdown’ adalah waktu sukar untuk semua jurulatih. Tapi kita tiada pilihan. persiapan & pembangunan harus diteruskan. Antara cabaran yang dihadapi oleh jurulatih ialah apakah cara atau method yang sesuai untuk mengendalikan suatu latihan dengan berstruktur dan sistematik. Saya juga mengalami masalah yang sama pada awalnya. Namun setelah melalui banyak latihan dan perbincangan bersama para jurulatih, akhirnya kami menemui kaedah & struktur yang lebih baik. Di sini saya ingin kongsikan pengalaman dalam menguruskan latihan bagi pasukan Selangor TOT United & MOTA Academy.  1. Kenal pasti objektif latihan Perkara yang penting bagi seorang jurulatih sebelum merangka struktur latihan adalah mengenal pasti objektif latihan. Objektif ini akan menjadi topik utama (main topic) latihan tersebut. 2. Kenal pasti kelengkapan latihan  Kelengkapan latihan adalah seperti peralatan yang akan digunakan oleh pemain, keluasan tempat latihan serta masa latihan. Pemain perlu dimaklumkan...

4 Trend Taktikal Sepanyol Yang Perlu Diberikan Perhatian Pada World Cup 2021

Image
Pada 12 September 2021 kejohanan futsal piala dunia akan berlangsung di Lithuania. Banyak pasukan kini sedang melakukan beberapa perlawanan persahabatan sebagai persiapan ke kejohanan berprestij itu termasuklah gergasi futsal dunia, Sepanyol. Pada bulan ini (Ogos), pasukan Sepanyol telah melakukan 3 perlawanan persahabatan; Uzbekistan - 15/8/2021 Uzbekistan - 19/8/2021 Argentina - 22/8/2021 Dalam ketiga-tiga perlawanan ini, Sepanyol memenangi dua perlawanan menentang Uzbekistan dan seri 4-4 menentang juara bertahan Argentina. Melalui penelitian & analisis terhadap 3 perlawanan ini, didapati terdapat 4 trend taktikal yang perlu diberikan perhatian. 4 Player in 1 Line - Ini salah satu trend terkini pasukan Sepanyol untuk edisi tahun ini. Memerangkap pasukan lawan untuk berada dalam 1 garisan dalam satu masa sekali gus menghukumnya dengan hantaran-hantaran parallel, wall pass atau diagonal . Taktikal ini digunakan sebagai salah satu konsep serangan di dalam formasi 4-0 pasukan Sepan...

Peraturan baru futsal - Sepak mula (Kick off)

Image
Dalam penulisan kali ini, kita memperincikan peraturan baru futsal di bawah undang-undang 8 iaitu permulaan dan memulakan semula permainan. Sepak mula akan berlaku pada: permulaan perlawanan bagi kedua-dua tempoh perlawanan. permulaan perlawanan bagi kedua-dua tempoh masa tambahan. selepas setiap satu gol yang dijaringkan         Prosuder Peraturan Lama Peraturan Baru Semua pemain mesti berada di dalam kawasannya sendiri. Semua pemain, kecuali pemain yang melakukan kick-off, mesti berada dalam kawasannya sendiri.   Bola mesti disepak dan bergerak ke hadapan untuk memulakan permainan. Bola boleh disepak dan bergerak ke mana-mana arah untuk memulakan permainan. Gol tidak boleh dijaringkan terus dari sepak mula Gol boleh dijaringkan terus dari sepak mula. Sekiranya  bola masuk terus ke gawang penendang, sepakan sudut diberikan kepada  lawan. ...

Latihan futsal yang boleh dilakukan di rumah.

Image
Ini adalah video latihan yang pernah digunakan di dalam MOTA Academy sebagai material untuk latihan atas talian serta tugasan. Latihan-latihan ini fokus kepada teknik pemain. 1. Latihan hantaran & kawalan (Passing & Control) 2. Latihan Kelecek (Dribbling) - Di dalam aktiviti ini diselitkan sekali elemen 'ball mastery' & 'turning with the ball.' Selamat mencuba dan jangan jemu untuk berlatih!

Peraturan Baru Futsal - Sepakan Ke Dalam (Kick In)

Image
Pada 8 April 2020, Biro Majlis FIFA telah meluluskan beberapa pindaan berkaitan peraturan futsal. Peraturan ini telah dibukukan di dalam buku manual FIFA Futsal Law of the Game 2020/21 dan berkuat kuasa pada 1 Jun 2020.  Peraturan-peraturan yang telah diubah adalah seperti di bawah. Undang-Undang 3 - Bilangan Pemain Undang-Undang 4 - Alatan Pemain Undang-Undang 5 - Pengadil Undang-Undang 6 - Penolong-Penolong Pengadil Undang-Undang 7 - Jangka Masa Permainan Undang-Undang 8 - Permulaan & Memulakan Semula Permainan Undang-Undang 10 - Cara Menentukan Jaringan Undang-Undang 12 - Kesalahan-kesalahan & Kelakuan Tidak Sopan Undang-Undang 13 - Sepakan Percuma Undang-Undang 14 - Sepakan Penalti Undang-Undang 15 - Sepakan ke Dalam Undang-Undang 16 - Lontaran Penjaga Gol Namun untuk penulisan kali ini, saya akan fokus pada penerangan peraturan baru bagi undang-undang 15 iaitu sepakan ke dalam. Sepakan ke Dalam Sepakan ke dalam adalah suatu cara untuk memulakan semula permainan. Sepaka...

Cabaran Jurulatih Di Musim PKP

Image
‘Lockdown’ adalah waktu sukar untuk semua jurulatih. Tapi kita tiada pilihan. Persiapan & pembangunan harus diteruskan. Sejak 21 May, saya telah memulakan latihan atas talian kepada pasukan & akademi secara berjadual. Cabaran pertama, memastikan pemain kekal bermotivasi & kekal cergas sepanjang PKP. Dalam tempoh PKP yang sangat lama, semangat dan motivasi boleh hilang.  Cabaran yang kedua, mengendalikan latihan secara atas talian. Amat janggal pada permulaannya, namun bak kata orang putih ‘Practice Make Perfect’ 🙂.  Antara program yang dilakukan sepanjang tempoh PKP: Selangor TOT United 1. Latihan Atas Talian  Pada bulan Mei & Jun, latihan dijadualkan 3 kali seminggu. Objektif latihan adalah pada komponen kecergasan.  Ketika ini tiada pengumuman rasmi bagi penangguhan MPFL yang sepatutnya berlangsung pada pertengahan bulan Jun. Setelah FAM mengeluarkan surat penangguhan MPFL, latihan dikurangkan kepada 2 kali seminggu. 2. Webinar Objektif  webin...

Apa itu Futsal?

Image
Futsal adalah permainan yang pantas dan dinamik. Ia melibatkan ruang yang kecil dan masa yang terhad. Hampir tidak ada ruang untuk membuat kesalahan. Oleh itu penguasaan teknik dan pemahaman taktik amat penting. Dengan pemahaman dan penguasaan dua elemen itu membolehkan taktikal sesebuah pasukan mampu dikembangkan. Futsal adalah sukan berkumpulan. Dimainkan oleh dua pasukan, yang masing-masing di anggotai oleh lima orang iaitu 4 pemain dan 1 penjaga gol. Objektifnya adalah memasukkan bola ke dalam gawang lawan. Selain lima pemain utama, setiap pasukan juga dibenarkan memiliki pemain simpanan. Futsal harus dimainkan dengan ‘fun’ dan ‘enjoy’ . Jika kita bermain dari hati tanpa beban dan kita menikmati permainan ini, prestasi akan lebih cepat terserlah. Pada tahap ini jurulatih juga memegang peranan penting untuk mengangkat moral pemain.  Futsal Di Malaysia. Sukan Futsal mula masuk ke Malaysia pada tahun 1996. Ketika itu kita menerima jemputan ke kelayakan Piala Dunia di Sepanyol...