Posts

Kenapa Gol Iran Dibatalkan?

Image
 Pada 20 September 2021, Iran menentang Argentina bagi melengkapkan jadual kumpulan F. Sebelum perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan telah mengesahkan tiket ke pusingan kedua (best 16). Pada penghujung separuh masa yang kedua, Iran memperolehi sepakan percuma di kawasan 10 meter dari gawang gol Argentina. Iran berjaya menjaringkan gol melalui ‘set-piece’ yang menarik namun ia dibatalkan oleh pengadil. Persoalannya, kenapa ia dibatalkan? Skuad Iran juga melakukan sedikit bantahan terhadap pengadil dan meminta agar dinilai semula melalui VAR (Video Support). Namun pengadil tetap dengan keputusan membatalkan gol tersebut. Gol tersebut dibatalkan kerana Hassan Zadeh (No 7 Iran) telah melakukan halangan (block) pada benteng (wall) Argentina yang mempunyai 2 pemain. Hal ini termaktub di dalam peraturan baru ‘FIFA Laws Of The Game 2020/21’ pada fasal 13 halaman 69. Di mana jika terdapat dua atau lebih pemain pasukan bertahan membentuk benteng (wall), semua pemain pasukan penyerang harus ...

MPFL 2021 BATAL!

Image
 Hari ini FAM telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pembatalan MPFL bagi edisi 2021. Di dalam surat berkenaan, jelas dinyatakan bahawa MPFL 2021 dibatalkan. Sebagai seorang yang sangat mencintai sukan ini, ianya satu keputusan yang sangat perit untuk dihadam. Namun, mahu tak mahu kita terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat. Cuma satu perkara yang kita perlu sedar ialah kita telah kehilangan dua tahun pengalaman pertandingan yang sangat penting dalam pembangunan setiap pemain-pemain di dalam industri ini khususnya pemain-pemain muda. Kehilangan pengalaman yang sangat berharga. Semoga MPFL 2022 dapat diadakan dengan segera kerana MPFL ialah satu-satunya pentas untuk melahirkan pemain-pemain yang berkualiti untuk mewakili negara. MPFL juga ialah tanda aras untuk mengukur tahap prestasi setiap pemain sebelum mereka dipanggil mewakili negara.  Tanpa liga yang berstruktur dan konsisten, kita akan lebih jauh ketinggalan dengan negara-negara jiran kita (Thailand & ...

Struktur Latihan Atas Talian

Image
‘Lockdown’ adalah waktu sukar untuk semua jurulatih. Tapi kita tiada pilihan. persiapan & pembangunan harus diteruskan. Antara cabaran yang dihadapi oleh jurulatih ialah apakah cara atau method yang sesuai untuk mengendalikan suatu latihan dengan berstruktur dan sistematik. Saya juga mengalami masalah yang sama pada awalnya. Namun setelah melalui banyak latihan dan perbincangan bersama para jurulatih, akhirnya kami menemui kaedah & struktur yang lebih baik. Di sini saya ingin kongsikan pengalaman dalam menguruskan latihan bagi pasukan Selangor TOT United & MOTA Academy.  1. Kenal pasti objektif latihan Perkara yang penting bagi seorang jurulatih sebelum merangka struktur latihan adalah mengenal pasti objektif latihan. Objektif ini akan menjadi topik utama (main topic) latihan tersebut. 2. Kenal pasti kelengkapan latihan  Kelengkapan latihan adalah seperti peralatan yang akan digunakan oleh pemain, keluasan tempat latihan serta masa latihan. Pemain perlu dimaklumkan...

4 Trend Taktikal Sepanyol Yang Perlu Diberikan Perhatian Pada World Cup 2021

Image
Pada 12 September 2021 kejohanan futsal piala dunia akan berlangsung di Lithuania. Banyak pasukan kini sedang melakukan beberapa perlawanan persahabatan sebagai persiapan ke kejohanan berprestij itu termasuklah gergasi futsal dunia, Sepanyol. Pada bulan ini (Ogos), pasukan Sepanyol telah melakukan 3 perlawanan persahabatan; Uzbekistan - 15/8/2021 Uzbekistan - 19/8/2021 Argentina - 22/8/2021 Dalam ketiga-tiga perlawanan ini, Sepanyol memenangi dua perlawanan menentang Uzbekistan dan seri 4-4 menentang juara bertahan Argentina. Melalui penelitian & analisis terhadap 3 perlawanan ini, didapati terdapat 4 trend taktikal yang perlu diberikan perhatian. 4 Player in 1 Line - Ini salah satu trend terkini pasukan Sepanyol untuk edisi tahun ini. Memerangkap pasukan lawan untuk berada dalam 1 garisan dalam satu masa sekali gus menghukumnya dengan hantaran-hantaran parallel, wall pass atau diagonal . Taktikal ini digunakan sebagai salah satu konsep serangan di dalam formasi 4-0 pasukan Sepan...

Peraturan baru futsal - Sepak mula (Kick off)

Image
Dalam penulisan kali ini, kita memperincikan peraturan baru futsal di bawah undang-undang 8 iaitu permulaan dan memulakan semula permainan. Sepak mula akan berlaku pada: permulaan perlawanan bagi kedua-dua tempoh perlawanan. permulaan perlawanan bagi kedua-dua tempoh masa tambahan. selepas setiap satu gol yang dijaringkan         Prosuder Peraturan Lama Peraturan Baru Semua pemain mesti berada di dalam kawasannya sendiri. Semua pemain, kecuali pemain yang melakukan kick-off, mesti berada dalam kawasannya sendiri.   Bola mesti disepak dan bergerak ke hadapan untuk memulakan permainan. Bola boleh disepak dan bergerak ke mana-mana arah untuk memulakan permainan. Gol tidak boleh dijaringkan terus dari sepak mula Gol boleh dijaringkan terus dari sepak mula. Sekiranya  bola masuk terus ke gawang penendang, sepakan sudut diberikan kepada  lawan. ...

Latihan futsal yang boleh dilakukan di rumah.

Image
Ini adalah video latihan yang pernah digunakan di dalam MOTA Academy sebagai material untuk latihan atas talian serta tugasan. Latihan-latihan ini fokus kepada teknik pemain. 1. Latihan hantaran & kawalan (Passing & Control) 2. Latihan Kelecek (Dribbling) - Di dalam aktiviti ini diselitkan sekali elemen 'ball mastery' & 'turning with the ball.' Selamat mencuba dan jangan jemu untuk berlatih!

Peraturan Baru Futsal - Sepakan Ke Dalam (Kick In)

Image
Pada 8 April 2020, Biro Majlis FIFA telah meluluskan beberapa pindaan berkaitan peraturan futsal. Peraturan ini telah dibukukan di dalam buku manual FIFA Futsal Law of the Game 2020/21 dan berkuat kuasa pada 1 Jun 2020.  Peraturan-peraturan yang telah diubah adalah seperti di bawah. Undang-Undang 3 - Bilangan Pemain Undang-Undang 4 - Alatan Pemain Undang-Undang 5 - Pengadil Undang-Undang 6 - Penolong-Penolong Pengadil Undang-Undang 7 - Jangka Masa Permainan Undang-Undang 8 - Permulaan & Memulakan Semula Permainan Undang-Undang 10 - Cara Menentukan Jaringan Undang-Undang 12 - Kesalahan-kesalahan & Kelakuan Tidak Sopan Undang-Undang 13 - Sepakan Percuma Undang-Undang 14 - Sepakan Penalti Undang-Undang 15 - Sepakan ke Dalam Undang-Undang 16 - Lontaran Penjaga Gol Namun untuk penulisan kali ini, saya akan fokus pada penerangan peraturan baru bagi undang-undang 15 iaitu sepakan ke dalam. Sepakan ke Dalam Sepakan ke dalam adalah suatu cara untuk memulakan semula permainan. Sepaka...