4 Trend Taktikal Sepanyol Yang Perlu Diberikan Perhatian Pada World Cup 2021
Pada 12 September 2021 kejohanan futsal piala dunia akan berlangsung di Lithuania. Banyak pasukan kini sedang melakukan beberapa perlawanan persahabatan sebagai persiapan ke kejohanan berprestij itu termasuklah gergasi futsal dunia, Sepanyol.
Pada bulan ini (Ogos), pasukan Sepanyol telah melakukan 3 perlawanan persahabatan;
- Uzbekistan - 15/8/2021
- Uzbekistan - 19/8/2021
- Argentina - 22/8/2021
Dalam ketiga-tiga perlawanan ini, Sepanyol memenangi dua perlawanan menentang Uzbekistan dan seri 4-4 menentang juara bertahan Argentina. Melalui penelitian & analisis terhadap 3 perlawanan ini, didapati terdapat 4 trend taktikal yang perlu diberikan perhatian.
- 4 Player in 1 Line - Ini salah satu trend terkini pasukan Sepanyol untuk edisi tahun ini. Memerangkap pasukan lawan untuk berada dalam 1 garisan dalam satu masa sekali gus menghukumnya dengan hantaran-hantaran parallel, wall pass atau diagonal. Taktikal ini digunakan sebagai salah satu konsep serangan di dalam formasi 4-0 pasukan Sepanyal dan ia membuahkan hasil pada perlawanan menentang Uzbekistan (19/8/2021) setelah Raul Gomez menyempurnakan hantaran Borja Diaz untuk gol kemenangan Sepanyol pada perlawanan tersebut.
- Isolation - Sebelum ini, pasukan Sepanyol terkenal sebagai sebuah pasukan yang bermain secara kolektif sistem. Namun dengan kemasukan Adrian Martinez bagi edisi tahun ini nampaknya ketua jurulatih, Fede Vidal menggunakan kelebihan yang ada pada Adrian dan ini menambahkan lagi pilihan di dalam sistem menyerang Sepanyol.
- Sistem 3-1 - Ini bukanlah formasi yang baharu bagi Sepanyol, namun untuk kali ini mereka diperkuatkan dengan 2 pivo yang bertaraf dunia iaitu Solano & Raul Gomez. Bukan itu sahaja, transisi sistem dari 4-0 ke 3-1 serta konsep serangan yang digunakan dalam aplikasi sistem 3-1 ini juga amat menarik untuk dianalisis.
- Set Pieces - Memang diakui pemain-pemain Sepanyol amat bijak dan matang dalam set pieces. Hal ini memberi kelebihan kepada pasukan untuk mencari gol sama ada kick in, corner kick atau free kick.
4 Trend Taktikal Sepanyol 2021
Persiapan seterusnya, pasukan Sepanyol akan menyertai International Futsal Tournament (4 penjuru) yang disertai oleh 4 negara iaitu Sepanyol, Vietnam, Jepun & Guatemala pada 28 Ogos hingga 31 Ogos 2021.

Comments
Post a Comment