Kenapa Gol Iran Dibatalkan?
Pada 20 September 2021, Iran menentang Argentina bagi melengkapkan jadual kumpulan F. Sebelum perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan telah mengesahkan tiket ke pusingan kedua (best 16). Pada penghujung separuh masa yang kedua, Iran memperolehi sepakan percuma di kawasan 10 meter dari gawang gol Argentina. Iran berjaya menjaringkan gol melalui ‘set-piece’ yang menarik namun ia dibatalkan oleh pengadil. Persoalannya, kenapa ia dibatalkan? Skuad Iran juga melakukan sedikit bantahan terhadap pengadil dan meminta agar dinilai semula melalui VAR (Video Support). Namun pengadil tetap dengan keputusan membatalkan gol tersebut. Gol tersebut dibatalkan kerana Hassan Zadeh (No 7 Iran) telah melakukan halangan (block) pada benteng (wall) Argentina yang mempunyai 2 pemain. Hal ini termaktub di dalam peraturan baru ‘FIFA Laws Of The Game 2020/21’ pada fasal 13 halaman 69. Di mana jika terdapat dua atau lebih pemain pasukan bertahan membentuk benteng (wall), semua pemain pasukan penyerang harus ...