MPFL 2021 BATAL!

 Hari ini FAM telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pembatalan MPFL bagi edisi 2021. Di dalam surat berkenaan, jelas dinyatakan bahawa MPFL 2021 dibatalkan. Sebagai seorang yang sangat mencintai sukan ini, ianya satu keputusan yang sangat perit untuk dihadam. Namun, mahu tak mahu kita terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat.

Cuma satu perkara yang kita perlu sedar ialah kita telah kehilangan dua tahun pengalaman pertandingan yang sangat penting dalam pembangunan setiap pemain-pemain di dalam industri ini khususnya pemain-pemain muda. Kehilangan pengalaman yang sangat berharga.

Semoga MPFL 2022 dapat diadakan dengan segera kerana MPFL ialah satu-satunya pentas untuk melahirkan pemain-pemain yang berkualiti untuk mewakili negara. MPFL juga ialah tanda aras untuk mengukur tahap prestasi setiap pemain sebelum mereka dipanggil mewakili negara.

 Tanpa liga yang berstruktur dan konsisten, kita akan lebih jauh ketinggalan dengan negara-negara jiran kita (Thailand & Vietnam) yang nampaknya lebih serius dalam membangunkan industri futsal di negara mereka.



.

Di dalam ciapan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Selangor TOT United yang telah menjalankan tanggungjawab sebagai majikan kami dengan baik sekali. Kebajikan dan hak para pemain serta jurulatih dijaga. Semenjak bulan Mac 2021 hingga September 2021 (perjanjian kontrak), tiada isu kelewatan atau kegagalan dalam pembayaran gaji para pemain dan barisan jurulatih. Visi dan misi kelab seiring dengan perancangan dan pelaksanaan. 


Saya yakin, jika sikap profesional ini dikekalkan, kelab ini mampu menjadi sebuah kelab yang besar suatu hari nanti. Semoga kita dapat bekerjasama lagi di MPFL 2022.


Taufik Yaiyah.
Selangor TOT United, 2021.

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Futsal?

Peraturan Baru Futsal - Sepakan Ke Dalam (Kick In)

Latihan futsal yang boleh dilakukan di rumah.