Peraturan Baru Futsal - Sepakan Ke Dalam (Kick In)

Pada 8 April 2020, Biro Majlis FIFA telah meluluskan beberapa pindaan berkaitan peraturan futsal. Peraturan ini telah dibukukan di dalam buku manual FIFA Futsal Law of the Game 2020/21 dan berkuat kuasa pada 1 Jun 2020.  Peraturan-peraturan yang telah diubah adalah seperti di bawah.

  1. Undang-Undang 3 - Bilangan Pemain
  2. Undang-Undang 4 - Alatan Pemain
  3. Undang-Undang 5 - Pengadil
  4. Undang-Undang 6 - Penolong-Penolong Pengadil
  5. Undang-Undang 7 - Jangka Masa Permainan
  6. Undang-Undang 8 - Permulaan & Memulakan Semula Permainan
  7. Undang-Undang 10 - Cara Menentukan Jaringan
  8. Undang-Undang 12 - Kesalahan-kesalahan & Kelakuan Tidak Sopan
  9. Undang-Undang 13 - Sepakan Percuma
  10. Undang-Undang 14 - Sepakan Penalti
  11. Undang-Undang 15 - Sepakan ke Dalam
  12. Undang-Undang 16 - Lontaran Penjaga Gol
Namun untuk penulisan kali ini, saya akan fokus pada penerangan peraturan baru bagi undang-undang 15 iaitu sepakan ke dalam.

Sepakan ke Dalam
  • Sepakan ke dalam adalah suatu cara untuk memulakan semula permainan.
  • Sepakan ke dalam adalah diberi kepada pasukan lawan pemain yang akhir sekali menyentuh bola apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi, sama ada di tanah atau di udara
  • Bola dikira dalam permainan setelah ia bergerak dengan jelas
  • Gol tidak boleh dijaringkan terus dari sepakan ke dalam.

Posisi Pemain-Pemain
  • Pemain lawan mestilah berada di gelanggang dan berada pada jarak tidak kurang dari 5 m di garisan tepi di tempat sepakan ke dalam dibuat.

     Prosuder
  

Peraturan Lama

Peraturan Baru

Kedudukan bola statik di atas garisan atau di tanah luar pada jarak tidak melebihi 25 sm dari tempat itu.

Kedudukan bola perlu statik di atas garisan.

Kedudukan kaki penendang tidak dibenarkan berada di atas garisan

Kedudukan kaki penendang dibenarkan berada di belakang atau di atas garisan

Menyepak bola dalam masa 4 saat ketika bersedia untuk melakukannya

Kiraan 4 saat dimulai setelah penendang bersedia untuk melakukan sepakan atau pengadil memberi isyarat bahawa penendang sudah bersedia.

 


Sila tonton video di bawah untuk gambaran lebih jelas:



Rujukan: FIFA Futsal Laws of the Game 2020/21 - https://bit.ly/3B8MP5T





P

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Futsal?

Latihan futsal yang boleh dilakukan di rumah.