Kenapa Gol Iran Dibatalkan?


 Pada 20 September 2021, Iran menentang Argentina bagi melengkapkan jadual kumpulan F. Sebelum perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan telah mengesahkan tiket ke pusingan kedua (best 16).

Pada penghujung separuh masa yang kedua, Iran memperolehi sepakan percuma di kawasan 10 meter dari gawang gol Argentina. Iran berjaya menjaringkan gol melalui ‘set-piece’ yang menarik namun ia dibatalkan oleh pengadil.

Persoalannya, kenapa ia dibatalkan? Skuad Iran juga melakukan sedikit bantahan terhadap pengadil dan meminta agar dinilai semula melalui VAR (Video Support). Namun pengadil tetap dengan keputusan membatalkan gol tersebut.



Gol tersebut dibatalkan kerana Hassan Zadeh (No 7 Iran) telah melakukan halangan (block) pada benteng (wall) Argentina yang mempunyai 2 pemain.

Hal ini termaktub di dalam peraturan baru ‘FIFA Laws Of The Game 2020/21’ pada fasal 13 halaman 69. Di mana jika terdapat dua atau lebih pemain pasukan bertahan membentuk benteng (wall), semua pemain pasukan penyerang harus berada sekurang-kurangnya 1 meter dari benteng (wall)sehingga bola berada dalam permainan.


Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan milik Argentina 2-1. Argentina menjuarai kumpulan F mana kala Iran berpuas hati di kedudukan kedua di dalam kumpula. 

Pasukan Argentina akan bertemu Paraguay di pusingan kedua pada 23 September 2021. Pasukan Iran pula akan bertemu Uzbekistan di pusingan kedua pada 24 September 2021. Jadual penuh pusingan kedua  boleh rujuk rajah di bawah.


Kredit sumber: FIFA


Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Futsal?

Peraturan Baru Futsal - Sepakan Ke Dalam (Kick In)

Latihan futsal yang boleh dilakukan di rumah.