Peraturan baru futsal - Sepak mula (Kick off)

Dalam penulisan kali ini, kita memperincikan peraturan baru futsal di bawah undang-undang 8 iaitu permulaan dan memulakan semula permainan. Sepak mula akan berlaku pada:

  • permulaan perlawanan bagi kedua-dua tempoh perlawanan.
  • permulaan perlawanan bagi kedua-dua tempoh masa tambahan.
  • selepas setiap satu gol yang dijaringkan
       Prosuder

Peraturan Lama

Peraturan Baru

Semua pemain mesti berada di dalam kawasannya sendiri.

Semua pemain, kecuali pemain yang melakukan kick-off, mesti berada dalam kawasannya sendiri.

 

Bola mesti disepak dan bergerak ke hadapan untuk memulakan permainan.

Bola boleh disepak dan bergerak ke mana-mana arah untuk memulakan permainan.

Gol tidak boleh dijaringkan terus dari sepak mula

Gol boleh dijaringkan terus dari sepak mula. Sekiranya bola masuk terus ke gawang penendang, sepakan sudut diberikan kepada lawan.


      Selain daripada peraturan-peraturan di atas, terdapat lagi beberapa peraturan lama yang masih diguna pakai untuk edisi 2020/21 ini iaitu:
  • bola diletak tidak bergerak di tanda tengah
  • pihak lawan perlu berada sekurang-kurangnya 3 m dari bola sehingga ia berada di dalam permainan
  • pengadil memberi isyarat.

          
            Rujukan: FIFA Futsal Laws of The Game 2020/21 https://bit.ly/3B8MP5T


Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Futsal?

Peraturan Baru Futsal - Sepakan Ke Dalam (Kick In)

Latihan futsal yang boleh dilakukan di rumah.