Cabaran Jurulatih Di Musim PKP
‘Lockdown’ adalah waktu sukar untuk semua jurulatih. Tapi kita tiada pilihan. Persiapan & pembangunan harus diteruskan. Sejak 21 May, saya telah memulakan latihan atas talian kepada pasukan & akademi secara berjadual.
Cabaran pertama, memastikan pemain kekal bermotivasi & kekal cergas sepanjang PKP. Dalam tempoh PKP yang sangat lama, semangat dan motivasi boleh hilang. Cabaran yang kedua, mengendalikan latihan secara atas talian. Amat janggal pada permulaannya, namun bak kata orang putih ‘Practice Make Perfect’ 🙂.
Antara program yang dilakukan sepanjang tempoh PKP:
Selangor TOT United
1. Latihan Atas Talian
Pada bulan Mei & Jun, latihan dijadualkan 3 kali seminggu. Objektif latihan adalah pada komponen kecergasan. Ketika ini tiada pengumuman rasmi bagi penangguhan MPFL yang sepatutnya berlangsung pada pertengahan bulan Jun. Setelah FAM mengeluarkan surat penangguhan MPFL, latihan dikurangkan kepada 2 kali seminggu.
2. Webinar
Objektif webinar adalah pembelajaran secara teori mengenai taktikal pasukan.
3. Tugasan
Kebiasaannya tugasan diberikan dalam bentuk kardio pada hari Sabtu atau Ahad. Objektif adalah untuk meningkatkan komponen kecergasan kardiovaskular pemain. Tugasan juga diberikan apabila latihan atas talian dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Maka tugasan diberikan sebagai ganti.
https://www.instagram.com/p/CP58ZV9pJDc/?utm_medium=copy_link
MOTA Academy
1. Latihan Atas Talian
Untuk akademi latihan dijadualkan seminggu sekali. Kumpulan latihan dibahagi kepada 2, bawah 9 & 10 tahun ke atas. Objektif latihan adalah pada teknik & komponen kecergasan.
2. Webinar
Webinar diadakan sebanyak 2 kali setiap bulan. Ahli panel akan dijemput sama ada dari luar atau jurulatih di dalam MOTA Academy. Objektif webinar adalah pembelajaran secara teori, motivasi & inspirasi.
3. Tugasan
Tugasan akan diberikan setiap minggu untuk dilakukan pada hari Selasa, Rabu atau Khamis. Pemain diminta menghantar laporan berbentuk video kepada jurulatih atau pengurus cawangan masing-masing sebelum hari Sabtu.
Di sebalik cabaran ini, terdapat hikmah yang tersembunyi. Saya dan rakan jurulatih dapat belajar mengendalikan latihan secara atas talian. Kita menjadi mahir menggunakan aplikasi atas talian seperti ‘Google Meet’, ‘Zoom’ & ‘Webex’. Ya, saya setuju kepada mereka yang berkata latihan secara atas talian tidak cukup untuk pembangunan atlet, tetapi ianya lebih baik daripada kita tidak berbuat apa-apa.

Comments
Post a Comment